Lima maut serangan di 'synagogue' Tunisia
Astro Awani
Mei 11, 2023 08:15 MYT
Mei 11, 2023 08:15 MYT
DJERBA: Pihak berkuasa Tunisia membuka siasatan terhadap serangan tembakan di sebuah rumah ibadat yang membunuh dua penganut Yahudi dan tiga anggota pasukan keselamatan.
Bagaimanapun, lelaki bersenjata itu telah berjaya ditembak mati oleh pengawal sebelum dia boleh memasuki bangunan di Pulau Djerba.
Motif serangan masih tidak dapat dipastikan dengan jelas.
Angka kematian akibat serangan meningkat kepada lima orang, apabila pengawal yang dirawat di hospital selepas serangan maut akibat kecederaannya.
Empat anggota keselamatan Tunisia yang lain masih dirawat di hospital di Djerba, termasuk satu dalam keadaan kritikal.
Pihak berkuasa dan ahli keluarga Israel dan Tunisia mengenal pasti mangsa awam sebagai sepupu Aviel Haddad, 30, yang memegang dua kewarganegaraan Tunisia dan Israel, dan Benjamin Haddad, 42, warga Perancis.
Empat orang awam turut cedera, kata Kementerian Dalam Negeri Tunisia.
Penyerang itu dipercayai juga seorang pengawal, mula-mula membunuh rakan sekerjanya dengan senjata perkhidmatannya sebelum merampas peluru dan menuju ke rumah ibadat Ghriba, kata Kementerian Dalam Negeri Tunisia.
Apabila tiba di lokasi, dia melepaskan tembakan ke arah unit keselamatan yang ditempatkan di kuil.
Pengawal-pengawal yang lain membalas tembakan, membunuh penyerang sebelum dia sampai ke pintu masuk, kata kementerian itu.