Lima maut, keganasan pasukan keselamatan berterusan di Myanmar
Astro Awani
April 3, 2021 04:31 MYT
April 3, 2021 04:31 MYT
YANGON: Keganasan pasukan keselamatan Myanmar terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi berterusan.
Dalam insiden terbaharu, lima lagi dilaporkan maut, akibat ditembak.
Ini menjadikan jumlah korban penunjuk perasaan kini melepasi 550 orang.
Junta tentera pula dilaporkan meningkatkan usaha mengekang tunjuk perasaan.
Media tempatan melaporkan sejumlah 20 waran tangkap dikeluarkan ke atas individu prodemokrasi berprofil tinggi.
Di sebalik keganasan berterusan pihak keselamatan, penunjuk perasaan meneruskan bantahan dan siri protes berjalan di bandar-bandar kecil.
Mereka menuntut pemimpin kerajaan, termasuk kaunselor negara Aung San Suu Kyi yang ditahan, dibebaskan.
Junta mempertahankan tindakan ke atas penunjuk perasaan yang didakwa mencetus keganasan.
Ia juga mempertahankan rampasan kuasa Februari lalu atas alasan pilihan raya yang diadakan pada November tahun lalu dicemari penipuan.