Lima maut hotel di Filipina runtuh
Agensi
Oktober 31, 2019 16:59 MYT
Oktober 31, 2019 16:59 MYT
Gempa bumi menggegarkan selatan Filipina hari ini meragut sekurang-kurangnya lima orang dan menyebabkan kemusnahan besar pada bangunan akibat dua gempa berlaku sebelum ini.
Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richer itu melanda pulau Mindanao sekali gus menyebabkan para penduduk tempatan melarikan diri ke tempat lebih selamat.
Sebelum ini satu gempa bumi menggegarkan kawasan itu kelmarin sehingga mengorbankan lapan orang.
Menurut seorang pegawai kebajikan sosial, lima orang di wilayah Cotabato Utara terkorban akibat bencana alam itu, termasuk seorang penghulu kampung yang maut apabila tembok pejabatnya roboh lalu menghempapnya.
Gegaran kuat akibat gempa itu juga menyebabkan kerosakan besar pada sebuah bangunan kondominium di bandar Davao yang terletak sekitar 45 kilometer dari pusat gempa.
Polis memberitahu agensi berita AFP bahawa sekurang-kurangnya lapan orang cedera dan para penyelamat sudah melancarkan operasi bagi menentukan sama ada terdapat para penghuni yang terperangkap di dalam bangunan tersebut.
Sebuah hotel yang terletak di Bandar Kidapawan yang menempatkan beberapa perniagaan, juga roboh.
Bagaimanapun tiada orang yang berada di dalam bangunan itu semasa kejadian berlaku, kata Datuk Bandar Kidapawan Joseph Evangelista kepada stesen radio DZMM.
Beratus-ratus keluarga di pulau Mindanao kini mencari tempat berteduh di pusat-pusat perlindungan sementara kerana takut untuk peluang ke rumah. - Agensi
#Amerika Syarikat
#cedera
#Cotabato Utara
#Filipina
#gempa
#gempa bumi
#hotel runtuh
#Jabatan Geologi Amerika Syarikat
#USGS