Lima maut, hampir 700 pendatang diselamatkan di pesisir pantai

Astro Awani
Julai 24, 2022 06:30 MYT
Antara pendatang yang berjaya diselamatkan di Laut Mediterranean. - Foto Sea Watch via REUTERS
LAUT MEDITERRANEAN: Lima pendatang terkorban manakala hampir 700 lagi berjaya diselamatkan di kawasan pesisir pantai Itali pada Ahad.
Pengawal pantai dalam satu kenyataan berkata insiden berlaku ketika aliran pendatang yang melintasi Laut Mediterranean meningkat akibat keadaan laut.
kebanyakan daripada 674 pendatang ditemui di atas bot nelayan pada jarak kira-kira 199.6 kilometer dari pantai Calabria, Itali.
Manakala yang lain diselamatkan di dalam air.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan sebuah kapal dagang dan pengawal pantai serta anggota penguatkuasa Itali.
Kesemua mangsa kemudian dipindahkan ke bandar pelabuhan di Sicily dan Calabria, manakala lima yang terkorban dibawa ke bilik mayat di Hospital Messina, Sicily.
Data daripada Kementerian Dalam Negeri Itali menunjukkan lebih 34,000 pencari suaka dan pendatang mendarat di negara itu sejak awal tahun, meningkat daripada kira-kira 25,500 dalam tempoh sama tahun lalu.
Negara-negara Mediterranean di laluan utama pendatang ke Eropah menjangkakan lebih 150,000 ketibaan tahun ini berikutan kekurangan makanan, disebabkan oleh konflik di Ukraine mengancam gelombang penghijrahan baharu dari Afrika dan Asia Barat.
#pendatang #pengawal pantai #kapal dagang #pesisir pantai
;