Lima maut ditembak polis semasa tunjuk perasaan di Bangladesh
Astro Awani
Mac 28, 2021 23:17 MYT
Mac 28, 2021 23:17 MYT
NARAYANGANJ: Pihak berkuasa Bangladesh melepaskan tembakan dan menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan pada Ahad.
Tunjuk perasaan diadakan sebagai mengecam lawatan Perdana Menteri India.
Terbaharu sekurang-kurangnya seorang maut ditembak pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan lima mangsa terkorban.
Ribuan penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah berhimpun di bandar Sanarpara di daerah Narayanganj.
Protes tersebut turut menyebabkan laluan jalan raya utama menghubungkan Dhaka disekat.
Menurut saksi kejadian, puluhan yang lain cedera atas tindakan polis.
Ketegangan tercetus selepas lawatan Narenda Modi Jumaat lalu yang disifatkan sebagai mendiskriminasi umat Islam di negara itu.