Lima maut di Gaza ditimpa kotak bantuan dari udara

Astro Awani
Mac 9, 2024 08:40 MYT
Bantuan makanan yang digugurkan dari pesawat di Semenanjung Gaza. - Foto AP
GAZA: Lima penduduk Gaza maut ketika proses penghantaran bantuan menerusi udara.
Mangsa dipercayai ditimpa kotak bantuan, yang digugurkan dari pesawat.
Menurut laporan beberapa agensi berita, insiden berlaku apabila beberapa payung terjun pada kotak bantuan gagal berfungsi.
Insiden disahkan Kementerian Kesihatan Gaza.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak diketahui negara asal bantuan tersebut.
Jordan dalam kenyataan rasmi menerusi stesen televisyen tempatan menafikan bantuan tersebut dari negara itu.
Selain Jordan, Amerika Syarikat (AS) juga mengesahkan penghantaran bantuan menerusi udara mereka mendarat dengan selamat.
AS, Jordan, Mesir, Perancis dan Belanda antara negara yang menghantar bantuan menerusi udara sejak beberapa hari lalu.
Ini susulan kebimbangan berlakunya krisis kebuluran di Gaza susulan kekurangan bekalan makanan.
#Gaza #ditimpa kotak bantuan #penghantaran #payung terjun
;