Lima maut dalam letupan kilang roket di Turkiye
Bernama
Jun 10, 2023 17:20 MYT
Jun 10, 2023 17:20 MYT
ANKARA: Sekurang-kurangnya lima pekerja terbunuh dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kilang roket dan bahan letupan di Ankara pada awal pagi Sabtu, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.
"Satu kejadian letupan berlaku di Kilang Roket dan Bahan Letupan MKE di daerah Elmadag, Ankara.
"Akibat letupan itu, lima pekerja kami telah maut," menurut kenyataan kementerian itu.
Agensi Anadolu melaporkan bahawa siasatan berhubung kejadian telah dilancarkan.
Fasiliti terbabit dimiliki oleh Turkiye's Machinery and Chemical Industry Corporation (MKE).
-- BERNAMA