Lima maut bangunan runtuh di India

Astro Awani
September 26, 2018 05:50 MYT
Anggota penyelamat membawa keluar mangsa yang terselamat susulan kejadian runtuhan bangunan di New Delhi, 26 Sept, 2018. REUTERS
Lima maut apabila blok pangsapuri runtuh di ibu kota India pada Rabu, menghempap penduduk di bawah timbunan konkrit, dalam nahas bangunan terbaru di negara itu.
Pasukan penyelamat yang mencari dalam runtuhan dengan bantuan anjing pengesan di utara New Delhi itu berjaya mengeluarkan sekurang-kurangnya 12 mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Saksi di lokasi kejadian melihat mayat dua kanak-kanak dibawa keluar daripada runtuhan.
Blok itu terletak di kawasan kejiranan kelas pertengahan yang sesak, dan banyak bangunan berkongsi dinding sama.
Laporan Press Trust of India memetik pegawai tempatan yang tidak dinamakan sebagai berkata, bangunan itu berusia 20 tahun dan strukturnya tidak stabil.
Media tempatan lain melaporkan tingkat keempat blok berkenaan dibina secara haram.
#bangunan runtuh #India #mangsa #maut #mayat #New Delhi #pangsapuri
;