Lima maut, 15 cedera ditikam dalam serangan rambang di China

Astro Awani
Jun 5, 2021 06:45 MYT
Beberapa gambar dan video menunjukkan keadaan kucar-kacir di lokasi dengan mangsa yang maut dan cedera terbaring di jalanan mulai tular di media sosial. -Foto media sosial
ANQING: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan 15 cedera apabila seorang lelaki menikam orang ramai secara rambang di bandar Anqing, China.
Insiden serangan sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan di wilayah Anhui timur China itu berlaku di lokasi beli-belah yang sibuk, kata jabatan polis tempatan, dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial negara itu.
Anggota polis yang tiba di lokasi berjaya menahan penyerang.
Punca serangan setakat ini belum diketahui dan siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian, kata jurucakap polis.
Beberapa gambar dan video menunjukkan keadaan kucar-kacir di lokasi dengan mangsa yang maut dan cedera terbaring di jalanan mulai tular di media sosial.
Sebuah lagi video pula menunjukkan sekumpulan anggota polis mengawal lelaki dipercayai suspek ke dalam kereta peronda.

Five people have died and 15 people were injured in a knife attack on Saturday in #Anqing, a city in East #China's #Anhui Province. The attacker has been arrested and the case is now under investigation, according to local police. https://t.co/DxH8dzbZVo pic.twitter.com/O6FW4fiWMf

— Atlantide (@Atlantide4world) June 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#maut ditikam #Anqing #tikam secara rambang #Anhui #lokasi beli-belah #media sosial #China
;