Lima maut, 14 cedera bangunan runtuh di Jordan
Astro Awani
September 14, 2022 10:00 MYT
September 14, 2022 10:00 MYT
AMMAN: Pasukan penyelamat pada Selasa meneruskan misi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan kediaman empat tingkat yang berlaku di ibu negara Jordan.
Setakat ini sekurang-kurangnya lima terbunuh dan 14 lagi cedera apabila struktur bangunan berkenaan runtuh.
Punca bangunan berkenaan runtuh bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti.
Namun, menurut media kerajaan, kemungkinan ia disebabkan struktur bangunan yang sudah lama dan berusia.
Perdana Menteri Jordan, Bishr al-Khasawneh mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasat punca kejadian.
Bangunan itu terletak di Jabal al-Weibdeh, sebuah daerah bohemian tertua di ibu negara.
Kawasan ini popular dalam kalangan penduduk elit dan ekspatriat.