Pihak berkuasa Rusia berjaya menyelamatkan lima lagi anak kapal nelayan yang karam di laut jepun.

Kapal itu dilaporkan karam selepas dipukul dua ombak besar pada Ahad lalu di perairan Rusia yang mengakibatkan sebelas lagi anak kapal masih hilang dan dipercayai mati kesejukan.

Kapal bernama Shan-1101 yang membawa 30 warga Rusia dan 11 pekerja Indonesia itu diselamatkan kapal laut yang secara kebetulan melalui kawasan tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan, kebanyakan mangsa mengalami luka beku kerana hanya memakai t-shirt dan seluar pendek dalam keadaan cuaca sejuk iaitu -15 darjah selsius.

Mereka yang terselamat juga memaklumkan, terpaksa mencampakkan lapan rakan mereka yang sudah meninggal dunia ke laut.