Lima kebakaran akibat gelombang haba di Andalusia
Astro Awani
Julai 24, 2024 08:15 MYT
Julai 24, 2024 08:15 MYT
SEKURANG-kurangnya lima kebakaran dilaporkan berlaku di wilayah Andalusia, Sepanyol, akibat gelombang haba pada Selasa.
Perkara ini disahkan perkhidmatan bomba tempatan yang memaklumkan seramai 170 anggota serta pelbagai jenis jentera dan kenderaan digunakan untuk memadamkan api.
Gelombang haba melanda Sepanyol baru-baru ini dengan suhu mencecah sehingga 40 darjah Celsius sementara Cordoba mencatatkan suhu 43 darjah Celsius.
Suhu di seluruh Sepanyol mencecah paras tertinggi pada Oktober tahun lalu yang berlarutan lebih seminggu.
Walaupun sudah terbiasa dengan suhu musim panas yang tinggi, terutamanya di selatan, Sepanyol mengalami peningkatan dalam gelombang haba yang lebih panjang dan lebih panas.
Sepanyol mencatatkan tahun paling panasnya pada 2022 dan berada dalam cengkaman gelombang panas berturut-turut tahun ini mulai April, yang diburukkan lagi oleh kemarau berterusan.
Pakar berkata gelombang haba berulang, yang semakin lama dan lebih panas, adalah akibat daripada perubahan iklim. - Agensi