Lima ditahan, anggota polis cedera tunjuk perasaan di Hyde Park

Astro Awani
April 25, 2021 11:27 MYT
Pertempuran berlaku beberapa jam selepas tunjuk perasaan 'Unite for Freedom' diadakan di kota London. - Foto Facebook/Jason Nota
LONDON: Dua anggota polis dimasukkan ke hospital manakala enam lagi cedera ringan dalam pertempuran yang tercetus susulan tunjuk perasaan di Hyde Park.
Lima orang ditahan polis atas pelbagai tuduhan termasuk menyerang anggota polis.
Ribuan penduduk berarak di jalan-jalan utama bandar itu bagi menggesa kerajaan hapuskan segera sekatan akibat COVID-19.
Beberapa individu turut dilihat tidak memakai pelitup muka dan melontarkan cemuhan terhadap anggota polis, lapor portal berita The Sun.
Polis Metropolitan mengesahkan lapan anggota cedera dalam pertempuran itu.
"Lapan anggota polis tercedera semasa cuba meleraikan penunjuk perasaan di Hyde Park.
"Penunjuk perasaan melontarkan beberapa objek ke arah anggota polis termasuk botol kaca.
"Dua anggota terpaksa dikejarkan ke hospital dan kini sedang menerima rawatan," kata jurucakap Polis Metropolitan.
Ketua Polis Metropolitan, Supt Roy Smith berkata anggota polis dilihat dipukul dan dibaling dengan objek keras.
"Semasa anggota polis dicaci dan dibaling objek keras serta terdedah kepada jangkitan COVID-19, mereka tetap berkelakuan profesional dan tidak mengunakan kekerasan terhadap orang ramai.
"Lima orang telah ditahan atas tuduhan mencederakan anggota polis," katanya.

Criminal thugs attacking police officers. I am sharing this footage only so that people can help us identify the suspects (any info to @MetCC). Officers subjected to horrific levels of violence which is completely unacceptable. https://t.co/tnXbnX62mU

— Chief Supt Roy Smith (@roysmithpolice) April 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertempuran berlaku beberapa jam selepas tunjuk perasaan 'Unite for Freedom' diadakan di kota London.
Anggota polis ditumbuk ketika tunjuk perasaan di Hyde Park
#tunjuk perasaan #polis #pertempuran #Hyde Park #COVID-19 #sekatan #Unite for Freedon #London
;