Lima cedera dalam serangan perusuh di Gujarat University India

Bernama
Mac 17, 2024 22:42 MYT
Kumpulan perusuh yang merosakkan harta benda, melaungkan slogan dan membaling batu itu menyasarkan asrama pelajar antarabangsa. - X @zoo_bear
NEW DELHI: Sekumpulan perusuh menyerang sebuah asrama pelajar antarabangsa di Gujarat Universiti Ahmedabad pada Sabtu malam dan mengakibatkan lima pelajar tercedera.
Pesuruhjaya Polis Ahmedabad Gyanendra Singh Malik berkata dalam satu laporan berita pada Ahad bahawa antara 20 hingga 25 orang telah masuk ke dalam premis asrama itu.
Mereka merosakkan bilik asrama, melaungkan slogan dan membaling batu.
Media tempatan pula melaporkan lima penuntut tercedera dalam serangan itu.
Seorang pelajar dari Afghanistan berkata: "Mereka juga menyerang kami di dalam bilik. Mereka memecahkan komputer riba, telefon dan merosakkan basikal."
Seorang pelajar dari Tajikistan dan seorang lagi dari Sri Lanka dimasukkan ke hospital.
Gujarat University mempunyai 300 pelajar asing dari pelbagai negara termasuk dari benua Afrika dan Asia Tengah.
-- BERNAMA
#serangan #perusuh #gujarat university #India #asrama pelajar muslim
;