Lima anggota terbunuh dalam kes tembakan di kem tentera di selatan Filipina
Bernama
Februari 11, 2023 18:36 MYT
Februari 11, 2023 18:36 MYT
MANILA: Empat anggota tentera terbunuh dan seorang lagi parah selepas rakan mereka mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah anggota yang sedang tidur di sebuah kem tentera di utara Mindanao di selatan Filipina pada Sabtu, lapor Xinhua memetik tentera Filipina.
Penembak berkenaan kemudian ditembak mati.
Kejadian berlaku kira-kira 1.10 tengah hari waktu tempatan (0510 GMT) di Kem Evangelista di Cagayan de Oro City.
Empat mangsa itu maut di tempat kejadian, kata pegawai bertugas komando Mejar Tentera Alden Brinas dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.
Selepas tembakan awal, lelaki bersenjata itu cuba memasuki bilik lain namun dua anggota lain bergelut dengan penyerang lalu merampas senjata apinya dan menembaknya mati, kata Brinas.
Anggota yang cedera parah kini menjalani rawatan di hospital tempatan.
Brinas tidak menyatakan punca lelaki itu mengamuk dan siasatan masih dijalankan.
-- BERNAMA