Likud dahului undi pilihan raya Parlimen Israel

Astro Awani
Januari 23, 2013 12:44 MYT
Parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu mendahului undi pilihan raya Parlimen Israel.
Bagaimanapun, ia mendapat sokongan lebih kecil berbanding ramalan sebelum ini,
Pusingan pertama menyaksikan, ia berjaya memenangi 31 kerusi, bersama sekutunya daripada parti sayap kanan, Yisrael Beiteinu yang dipimpin Avigdor Lieberman.
Manakala parti puak kiri, Yesh Atid menduduki tempat kedua dengan 19 kerusi.
Dengan kemenangan kecil yang diperolehi, Netanyahu dijangka akan bekerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan.
Pilihanraya yang diadakan menyaksikan 32 parti politik bersaing bagi merebut 120 kerusi parlimen.
Menurut kenyataan rasmi suruhanjaya pilihan raya, peratusan mengundi mencatatkan peningkatan 66.6 peratus berbanding 65.2 peratus pada 2009.
#Avigdor Lieberman #Benjamin Netanyahu #Israel #Likud #Parlimen #Yisrael Beiteinu
;