Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis

Bernama
Disember 19, 2022 11:46 MYT
Liga Arab pada Ahad mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin. - Fail/REUTERS
KAHERAH: Liga Arab pada Ahad mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian, lapor Agensi berita Jordan (Petra).
Penolong bagi Setiausaha Agung untuk Palestin dan Wilayah Arab yang Diduduki-Liga Arab, Saeed Abu Ali berkata pencerobohan yang dilakukan pendatang Israel terhadap Masjid Al Aqsa di bawah perlindungan pihak berkuasa Israel adalah "sebahagian daripada usaha (Israel) cuba mengubah status quo dan membahagikan Masjid dari segi masa dan ruang."
Keputusan pengusiran yang dibuat pihak berkuasa Israel tertakluk di bawah dasar pembersihan etnik dan pemindahan secara paksa di Baitulmaqdis dilihat sebagai cubaan "mengepung Kota Suci, mengasingkannya dari persekitaran, mengosongkannya daripada penduduk Palestin, mengubah ciri demografi, geografi dan sejarah," katanya.
-- BERNAMA
#Liga Arab #Israel #Palestin #Baitulmaqdis
;