LGBT: Perniagaan asing di Singapura diingatkan supaya berhati-hati

Bernama
Ogos 4, 2022 12:52 MYT
"Ia adalah suatu isu yang hanya boleh bincangkan oleh rakyat Singapura." - Gambar fail
SINGAPURA: Singapura hari ini mengingatkan perniagaan asing meskipun mereka bebas mempromosikan kepelbagaian budaya dalam syarikat, namun mereka perlu berhati-hati mengenai isu yang boleh memecahbelahkan masyarakat termasuk isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Ia adalah suatu isu yang hanya boleh dibincangkan oleh rakyat Singapura dan sudahpun mencapai kata sepakat bagaimana untuk bergerak ke hadapan," menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawangnya.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons terhadap pertanyaan media mengenai gesaan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi agar komuniti perniagaan Singapura menyokong golongan LGBT di sini memandangkan banyak perniagaan Amerika membuka pejabat di republik itu.
-- BERNAMA
#Singapura #Amerika Syarikat #LGBT #perniagaan