Letusan gunung berapi di Iceland berhampiran Reykjavik - IMO

Astro Awani
Mac 20, 2021 00:54 MYT
Gambar di laman web media tempatan menunjukkan langit malam yang merah terang di kawasan berkenaan. - Foto Twitter/@Vikurfrettir
Letusan gunung berapi berlaku di barat daya Iceland berhampiran ibu negara Reykjavik pada Jumaat berikutan gempa kecil di kawasan itu dalam beberapa minggu sejak kebelakangan ini, kata pejabat meteorologi negara itu.
Letusan berlaku berhampiran Fagradalsfjall, sebuah gunung di Semenanjung Reykjanes, yang terletak sekitar 30 kilometer (km) di barat daya ibu kota.
Gambar di laman web media tempatan menunjukkan langit malam yang merah menerangi kawasan berkenaan.
Sebuah gambar yang disiarkan di Twitter oleh Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) menunjukkan asap naik dari aliran lava yang bersinar terang.

Volcanic eruption has begun in Fagradalsfjall. Flight color code is red but very little turbulence is seen on seismometers.

— Icelandic Meteorological Office - IMO (@Vedurstofan) March 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lapangan terbang Keflavik antarabangsa Reykjavik tidak ditutup berikutan letusan tersebut, tetapi setiap syarikat penerbangan harus memutuskan sendiri jika mereka mahu terbang atau tidak, kata IMO.
Sebuah helikopter yang membawa pakar telah dibawa untuk melihat letusan itu.
#Imo #gunung berapi #Reykjavik #lapangan terbang #meteorologi