Letupan Tianjin: 12 suspek ditahan polis

Agensi
Ogos 27, 2015 10:48 MYT
Gambar diambil pada 20 Ogos 2015, menunjukkan kawasan yang terjejas teruk akibat letupan. Foto AFP
Polis China menahan 12 orang yang disyaki terbabit dalam letupan besar di bandar Tianjin sehingga mengorbankan 139 orang dan memusnahkan kawasan pelabuhan di situ, lapor agensi berita, Xinhua, pada Khamis.
Antara mereka yang ditahan ialah pengerusi, naib pengerusi dan tiga timbalan pengurus besar syarikat-syarikat logistik menyimpan bahan kimia yang meletup, kata agensi itu lagi memetik kenyataan polis.
Bagaimanapun identiti selebihnya tidak dimaklumkan.
Kejadian tersebut berlaku selepas China memecat ketua jabatan keselamatan pekerja syarikat berkenaan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan.
#China #letupan #pelabuhan #polis #suspek #Tianjin
;