Letupan New York: Polis buru lelaki berketurunan Afghanistan

Agensi
September 19, 2016 22:49 MYT
Pihak polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut mengedarkan gambar Ahmad Khan Rahami, warga pendatang berturunan Afghanistan. - AFP PHOTO / FBI / HO
Pihak berkuasa New York pada Isnin memaklumkan mereka kini sedang memburu seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan letupan yang mencederakan 29 orang di bandar itu.
Pihak polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut mengedarkan gambar Ahmad Khan Rahami, warga pendatang berturunan Afghanistan dengan kenyataan dia dikendaki bagi membantu siasatan berhubung letupan di kawasan kejiranan Chelsea.
Datuk Bandar Bill de Blasio dalam wawancara bersama agensi berita CNN berkata Rahimi yang berasal dari New Jersey “berkemungkinan bersenjata dan merbahaya.”
“Kami mendapat lebih banyak maklumat sejak 24 jam lalu. Kejadian jelas menjurus kepada tindakan keganasan,” tambahnya lagi.
Selain yang cedera, letupan turut merosakkan bangunan di sekitar kawasan itu .
#Ahmad Khan Rahami #bombing #New Jersey #New York #terrorism
;