Letupan nekad bom kereta ragut nyawa 13 anggota tentera Turki

Agensi
Disember 17, 2016 11:16 MYT
Selain 13 yang terbunuh, 48 lagi anggota tentera cedera dalam serangan pada Sabtu di tengah bandar Anatolia di Kayseri. - Foto uran Bulut/ Ihlas News Agency via REUTERS
Sekurang-kurangnya tiga belas anggota tentera Turki terbunuh dalam sebuah kejadian pengeboman kereta yang mensasarkan anggota tentera di luar waktu bertugas yang sedang dalam perjalanan menaiki bas ke sebuah pusat membeli belah.
Selain yang terbunuh, 48 lagi anggota tentera cedera dalam serangan pada Sabtu di tengah bandar Anatolia di Kayseri, jelas seorang askar dalam sebuah kenyataan yang juga memaklumkan terdapat orang awam yang turut cedera.
Visual yang dipaparkan di kaca televisyen turut memaparkan bahawa bas tersebut musnah sama sekali kesan daripada serangan tersebut dan kelihatan mangsa yang cedera sedang menunggu ketibaan ambulan.
Kejadian letupan terjadi seminggu selepas empat orang terbunuh pada 10 Disember dalam kejadian sebuah letupan berulang di Istanbul selepas perlawanan bola sepak. Kumpulan militan Kurdish telah mengaku bertanggungjawab.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Veysi Kaynak berkata serangan di Kayseri adalah “kejadian hampir serupa” dengan serangan minggu lepas yang melanda Istanbul.
Askar itu berkata bahawa bas tersebut membawa anggota prebet berpangkat rendah dan pegawai tidak bertauliah dan telah diserang sejurus meninggalkan ibu pejabat komando di bandar tersebut.
Turki telah melihat beberapa siri serangan pengeboman yang membawa maut dalam tahun 2016 dan mendakwa kumpulan militan Kurdish menjadi dalang atas kejadian berdarah tersebut.
BACA: 29 maut, 166 cedera serangan bom di stadium Istanbul
BACA: 2 maut, 16 cedera dalam letupan bunuh diri di Turki
Kayseri merupakan sebuah pusat perindustrian dengan populasi melebihi satu juta orang dan dilihat sebagai kawasan yang aman.
#Erdogan #Istanbul #Kayseri #pengeboman turki #Turki