Letupan lombong arang batu: Presiden Masoud Pezeshkian ucap takziah

Agensi
September 22, 2024 17:39 MYT
Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan ramai lagi cedera akibat letupan pada Sabtu. - Reuters
MEHRABAD: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa letupan daripada kebocoran gas di sebuah lombong arang batu di timur negara itu.
Kejadian itu berlaku di lombong di Tabas, sebuah bandar di wilayah Khorasan Selatan.
Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan ramai lagi cedera akibat letupan pada Sabtu.
Pezeshkian memaklumkan kemalangan itu seharusnya menjadi pengajaran, dan sistem pencegahan perlu diperkenal untuk mengelakkan bencana seumpamanya.
Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban, manakala 20 orang lagi dilaporkan masih hilang akibat letupan daripada kebocoran gas di sebuah lombong arang batu di timur Iran.
Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan seramai 19 orang terbunuh sebelum melaporkan jumlah kematian akibat kejadian letupan berkenaan meningkat kepada 30 orang.
Gabenor wilayah Khorasan Selatan, berkata pasukan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan 22 orang pekerja yang terperangkap di lokasi kejadian.
Menurut IRNA, 17 lagi mangsa mengalami cedera dalam letupan pada sekitar jam 9:00 malam waktu tempatan pada semalam ketika 69 pekerja berada di lokasi.
#ucapan takziah #Masoud Pezeshkian #letupan #lombong arang batu
;