Letupan loji kimia di West Virginia, empat dilaporkan cedera

Khairunnisa Kasnoon
Disember 9, 2020 22:04 MYT
Menurut pihak berkuasa, letupan berlaku pada jam 10:02 minit malam waktu tempatan di kilang Chemours di daerah Kanawha, Belle. - Twitter / @shanermurph
SEKURANG-kurangnya empat mangsa cedera dalam letupan loji kimia di West Virginia pada Selasa malam.
Insiden tersebut mendorong pihak berkuasa memerintahkan penduduk sekitar 3.2 kilometer dari loji terbabit untuk terus kekal di rumah.
Menurut pihak berkuasa, letupan itu berlaku pada jam 10:02 minit malam waktu tempatan di kilang Chemours di daerah Kanawha, Belle.
Belle terletak kira-kira 16 kilometer di tenggara ibu negara, Charleston.
Penduduk berdekatan melaporkan, rumah mereka mengalami gegaran ketika letupan tersebut berlaku.
Selain itu, jalan berdekatan juga terpaksa ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
#West Virginia #Belle #Chemours #Kanawha #loji kimia
;