Letupan ketika Presiden Venezuela berucap
Agensi
Ogos 5, 2018 08:34 MYT
Ogos 5, 2018 08:34 MYT
Satu letupan menggegarkan perhimpunan yang dihadiri Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isteri.
Letupan berlaku ketika Maduro sedang memberi ucapan di hadapan ribuan barisan angkatan tentera negara itu dan turut mencederakan tujuh anggota.
Rakaman visual turut menunjukkan barisan tentera bertempiran lari sejurus terdengar letupan tersebut.
Hasil siasatan mendapati, letupan berpunca dari gas kanister di sebuah blok bangunan berhampiran tempat Maduro berucap.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.