Letupan kereta di kedutaan China di Kyrgzstan ragut nyawa
Agensi
Ogos 30, 2016 13:27 MYT
Ogos 30, 2016 13:27 MYT
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga yang lain cedera selepas sebuah kereta meletup berhampiran Kedutaan China di Kyrgzstan pada Selasa, maklum Kementerian Kesihatan negara itu.
Agensi keselamatan Kyrgzstan, GKNB berkata pihaknya sedang menyiasat insiden itu namun enggan memberikan butiran lanjut.
Lapor laman sesawang sebuah stesen berita tempatan, kereta terbabit dikatakan merempuh pagar kedutaan sebelum meletup.
Pemandu kereta terbabit dipercayai terbunuh dalam insiden itu.
Satu sumber daripada polis Bishkek memaklumkan kepada AFP kereta jenis Mitsubishi Delica itu merempuh pagar kedutaan sebelum meletup di tengah halaman, berhampiran kediaman duta China.
Mereka yang cedera adalah dua pengawal dan seorang wanita warga tempatan.
Susulan itu juga semua petugas kedutaan China dibawa keluar dari kedutaan.