Letupan Jakarta: Polis kenal pasti identiti pengebom bunuh diri

Astro Awani
Mei 25, 2017 11:44 MYT
Dua suspek letupan bom di Jakarta pada Rabu malam dipercayai ada kaitan dengan militan di Poso, Sulawesi Tengah. -Gambar fail/Reuters
Dua suspek letupan bom di Jakarta pada Rabu malam dipercayai ada kaitan dengan militan di Poso, Sulawesi Tengah, lapor media Indonesia.
Menurut sumber polis, suspek pertama dikenali sebagai Solihin, seorang staf pentadbiran di madrasah Darul Anshor di Poso, manakala seorang lagi dikenali sebagai Ichwan Nurul Salam, 34, dari Bandung.
Kedua-dua suspek maut dalam letupan yang turut meragut nyawa tiga anggota polis.
Polis dalam pada itu mengesahkan bom yang digunakan suspek berupa bahan letupan gred rendah yang berisi serpihan aluminium.
#Ichwan Nurul Salam #pengebom bunuh diri #Polis Indonesia #terminal bas Kampung Melayu
;