Letupan gas pangsapuri Rusia: Dua maut, lima cedera

Astro Awani
September 9, 2021 08:25 MYT
Anggota keselamatan menjalankan tugas di lokasi letupan gas di sebuah pangsapuri di bandar Noginsk, 53km timur Moscow, Rusia, 8 Sept 2021. (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya dua maut manakala lima yang lain cedera dalam satu letupan gas di sebuah bangunan pangsapuri di luar Moscow pada Rabu.
Menurut pihak berkuasa, letupan di sebuah bangunan sembilan tingkat di Noginsk, sebuah bandar di timur Moscow, menyaksikan tiga tingkat terkesan.
Selain itu, kira-kira 30 unit pangsapuri bangunan itu turut terjejas.
Pihak berkuasa tempatan berjaya memindahkan 170 individu dari bangunan berkenan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya wujud unsur jenayah.
#letupan gas #pangsapuri #Rusia #bangunan sembilan tingkat
;