Letupan gas metana di lombong, 18 dikhuatiri maut di Pakistan
Agensi
Mei 5, 2018 06:10 MYT
Mei 5, 2018 06:10 MYT
Satu kejadian letupan di sebuah lombong arang batu di kampung Marghat di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya 18 pekerja lombong pada Sabtu.
Kejadian itu juga menyaksikan ramai pekerja lombong masih terperangkap dan belum ditemui.
Setakat ini, 11 mayat berjaya dibawa keluar manakala lima yang lain masih berada di dalam lombong berkenaan.
Menurut pengarah pengurusan bencana, Attaullah Khan, letupan yang berlaku di lombong arang batu Marwar itu disebabkan oleh gas metana dalam lombong tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan namun peluang untuk pelombong yang hilang untuk terus hidup adalah sangat tipis.
Setakat ini, jumlah mangsa yang terkorban dan gagal ditemui masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa tempatan.
Insiden seperti ini dilaporkan sering berlaku di sana dipercayai disebabkan langkah keselamatan yang lemah.