Letupan di perhentian bas ragut 72 nyawa
Agensi
April 15, 2014 09:54 MYT
April 15, 2014 09:54 MYT
Sekurang-kurangnya 72 orang maut dalam letupan di sebuah perhentian bas di tengah bandar Abuja, Nigeria.
Insiden turut mencederakan 124 yang lain dan memusnahkan 16 buah bas mewah dan 24 buah bas mini.
Saksi mendakwa, letupan berpunca dari sebuah kenderaan yang penuh dengan minyak dan terbakar sebelum meletup.
Insiden berlaku pada waktu puncak, jam 7 pagi ketika orang ramai sedang bergegas ke tempat kerja.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab walaupun sebuah kumpulan pelampau Boko Haram sebelum ini mengancam untuk menyerang bandar terbabit.
Pada 2011, Boko Haram yang berpangkalan di di timur laut Nigeria melakukan serangan bom berani mati di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB di Abuja. Insiden menyaksikan 21 maut dan 60 yang lain cedera.