Letupan di luar Kedutaan AS di Beijing
Agensi
Julai 26, 2018 14:45 MYT
Julai 26, 2018 14:45 MYT
Satu kebakaran atau letupan, yang menyaksikan kepulan asap yang tebal, dilaporkan berlaku di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini pada Khamis.
Dalam kejadian itu, seorang individu dilaporkan ditahan selepas menyembur gasolin ke atas dirinya sendiri, menurut media rasmi.
Pengguna media sosial berkongsi gambar di Twitter yang menunjukkan asap tebal dan kenderaan polis berada di sekitar kawasan itu.
Pihak polis tidak memberi respon ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut sementara jurucakap kedutaan berkata pihaknya masih sedang mengumpul maklumat.
Bagaimanapun, kakitangan yang bertugas di Kedutaan India dan Korea Selatan berhampiran Kedutaan AS itu dilaporkan berkata mereka tidak menyedari tentang sebarang kejadian luar biasa dan mereka bekerja seperti biasa.