Letupan di kuari batu Karnataka, lebih lima pekerja terbunuh

Agensi
Januari 22, 2021 21:37 MYT
Karnataka merupakan lokasi kaya dengan deposit mineral dan kuari batu, namun isu keselamatan pekerja lombong sering dipersoalkan. - Gambar - Twitter @uniindianews
BENGALURU: Sekurang-kurangnya lima pekerja kuari terbunuh dalam insiden letupan di Selatan India, di sini, malam Khamis, lapor pegawai tempatan pada Jumaat.
Namun menurut laporan media tempatan, angka kematian sebenar berkemungkinan mencecah sehingga 11 orang.
Menurut polis, kejadian berlaku apabila lori membawa gel gelatin yang digunakan sebagai bahan letupan, meletup di lombong batu di daerah Shivamogga, Karnataka.
Susulan itu, polis mengesahkan lima individu maut akibat insiden berkenaan.
Tiga individu termasuk pemilik kuari telah ditahan untuk siasatan lanjut, kata Ketua Menteri Karnataka, BS Yedyurappa kepada Reuters.
Karnataka merupakan lokasi kaya dengan deposit mineral dan kuari batu, namun isu keselamatan pekerja lombong sering dipersoalkan.
#lombong #kuari #India #maut #letupan #Pekerja #polis #meletup
;