Letupan di Afghanistan: Kumpulan minoriti Sikh jadi sasaran

Reuters
Julai 1, 2018 23:26 MYT
Polis Afghanistan memeriksa tapak letupan di Jalalabad, Afghanistan, 1 Julai 2018. REUTERS
Satu kejadian letupan yang berlaku di pusat bandar Afghanistan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan 20 orang, termasuk beberapa anggota minoriti Sikh pada Ahad.
Menurut jurucakap Gabenor, Attaullah Khogyani, insiden tersebut berlaku selepas beberapa jam Presidennya, Ashraf Ghani merasmikan hospital di Jalalabad dan meninjau kedai serta bangunan yang rosak di sekitar Mukhaberat.
Seorang ahli politik, Awtar Singh Khalsa, yang mewakili minoriti masyarakat Sikh dan mempunyai hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen pada Oktober ini, turut terbunuh dalam letupan tersebut.
Ketua Polis Nangarhar, Ghulam Sanayi Stanekzai, berkata letupan tersebut dilakukan oleh pengebom berani mati yang menyasarkan kenderaan yang membawa anggota minoriti Sikh untuk bertemu dengan Presiden Ashraf.
Kedutaan India di Kabul telah mengesahkan kematian 10 orang Sikh dan mengutuk "serangan pengganas" di Jalalabad, menerusi laman Twitter rasmi mereka.

1/2 We strongly condemn the henious and cowardly terrorist attack in #Jalalabad today evening which resulted in the death of 20 innocent Afghans, including 10 members of the Afghan Sikh Community, and injured more than 20 persons.

— India in Afghanistan (@IndianEmbKabul) July 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

2/2 We convey heartfelt condolences 2 d families of d victims & pray 4 early recovery of d injured.The attack again underlines d need 4 united global fight against international terrorism without discrimination & accountability of those who support terrorists in any manner

— India in Afghanistan (@IndianEmbKabul) July 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami mengutuk serangan pengganas dan pengecut di Jalalabad yang mengakibatkan kematian 20 orang Afghanistan, termasuk 10 ahli Komuniti Sikh Afghanistan, dan mencederakan lebih daripada 20 orang.
"Serangan ini menggariskan keperluan perjuangan global untuk bersatu menentang keganasan antarabangsa tanpa diskriminasi dan mereka yang menyokong pengganas dalam apa jua cara," kata Kedutaan India di Kabul.
Afghanistan merupakan negara Islam yang mempunyai sebilangan kecil orang Hindu dan Sikh yang menetap di negara tersebut.
Satu kerusi di Parlimen dikhaskan untuk komuniti minoriti di sana.
Namun begitu, terdapat peningkatan dalam penghijrahan kumpulan minoriti ini ke India disebabkan penganiayaan dan ancaman yang berulang.
#Afghanistan #Attaullah Khogyani #Awtar Singh Khalsa #Ghulam Sanayi Stanekzai #Hospital #Jalalabad #jurucakap Gabenor #Ketua Polis Nangarhar #letupan #minoriti #politik #presiden #Sikh