Letupan, bunyi siren kedengaran di Baghdad
Astro Awani
Januari 8, 2020 05:37 MYT
Januari 8, 2020 05:37 MYT
Sumber polis Iraq berkata sekurang-kurangnya satu roket jatuh 100 meter dari kedutaan Amerika Syarikat. -Reuters
DUA roket Katyusha dilapor telah dibedil ke kawasan Green Zone di Baghdad sebentar tadi.
Bedilan roket itu telah menyebabkan letupan dan kebakaran di kawasan yang menempatkan bangunan kerajaan dan kedutaan asing.
Agensi berita Reuters yang memetik sumber polis Iraq berkata sekurang-kurangnya satu roket tersebut jatuh 100 meter dari kedutaan Amerika Syarikat.
Bunyi siren turut kedengaran dari dalam kawasan Green Zone.
Tentera Iraq dalam satu kenyataan menyebut tiada mangsa terkorban atau cedera dalam serangan itu.