Letupan bom di Kabul ragut sekurang-kurang 4 nyawa

Bernama
November 17, 2021 23:43 MYT
Letupan kedua berlaku di kawasan Dehbori dan pasukan keselamatan Taliban telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga. - Gambar hiasan
KABUL: Sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh manakala dua lagi cedera dalam dua letupan bom yang berlaku di barat Kabul, Afghanistan pada Rabu, menurut saksi.
"Letupan pertama berlaku di kawasan kejiranan Dashti Barchi kira-kira 4 petang waktu tempatan, membunuh empat penumpang bas mini dan mencederakan dua yang lain," kata Sayyed Ahmad kepada Xinhua.
Sebuah bas mini turut musnah dalam kejadian itu.
Letupan kedua berlaku kira-kira 30 minit kemudian di kawasan Dehbori dan pasukan keselamatan Taliban telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga, katanya.
Belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
-- BERNAMA
#Kabul #Afghanistan #letupan bom #penempatan penduduk
;