Satu letupan kereta oleh pengebom bunuh diri yang didalangi Daish menggegarkan kawasan beli-belah di Baghdad pada Ahad mengakibatkan sekurang-kurangnya 75 terkorban.
Letupan tersebut berlaku di Karrada ketika kawasan tersebut dipenuhi dengan pelanggan yang sedang membeli-belah pada penghujung Ramadan.
Bom kereta tersebut turut mencederakan lebih 130 yang lain, menurut pegawai keselamatan dan perubatan.
Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi telah melawat tempat kejadian dan berjanji akan menghukum pihak yang bertanggungjawab.
Daish mengaku bertanggungjawab ke atas insiden itu dan menjelaskan pengeboman tersebut sebahagian daripada “operasi keselamatan yang masih berlangsung.”
Kumpulan ekstrem tersebut turut menjelaskan serangan disasarkan kepada puak Syiah.
Insiden pengeboman di ibu negara Iraq telah berkurangan sejak Jun 2014 berikutan tumpuan Daish teralih kepada operasi di kawasan lain.
Serangan ke atas Baghdad bagaimanapun kembali meningkat sebagai tanda balas dendam terhadap beberapa kekalahan Daish dalam pertempuran ketenteraan.
Ribuan kenderaan keluar masuk di bandar ini menyebabkan pengeboman sebegini semakin sukar dikawal.
Hal ini diburukkan lagi dengan penggunaan pengesan bom palsu walaupun penjual pengesan bom tersebut telah dipenjara beberapa tahun lalu.
Astro Awani
Sun Jul 03 2016

Salah sebuah bangunan yang musnah di Karrada akibat letupan bom kereta - Foto AFP

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ribuan penduduk Baghdad berhimpun tunjuk sokongan kepada Palestin
Demonstrasi itu diketuai pemimpin Syiah yang berpengaruh, Muqtada al-Sadr.

Lapangan Terbang Baghdad terus saksikan serangan roket
Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad terus menyaksikan serangan menggunakan roket pada Rabu, menurut seorang anggota keselamatan tempatan.

PM Iraq Al-Khadimi terselamat dalam serangan dron
Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad.

35 terbunuh dalam letupan di pasar Baghdad ketika persiapan menjelang Aidiladha
Letupan berlaku di sebuah pasar ketika penduduk sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut hari raya Aidiladha, kata Kementerian Dalam Negeri Iraq dalam satu kenyataan.

Tunjuk perasaan di Baghdad kecam tindakan Israel
Rata-rata yang berkumpul membakar bendera Israel di Tahrir Square sambil mengibar bendera Palestin.

Hospital di Baghdad terbakar, sekurang-kurangnya 82 maut
Kebakaran di Hospital Ibn al-Khatib itu dikatakan bermula selepas tangki oksigen meletup.

Seorang maut, enam cedera serangan roket di kem tentera AS di Erbil, Iraq
Kementerian Dalam Negeri wilayah itu menyatakan beberapa roket ditembak pada 9.30 malam waktu tempatan di beberapa kawasan di Erbil, mencederakan beberapa orang awam.

Tindakan AS tingkatkan keupayaan tentera di Timur Tengah cetus tanda tanya
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan telah menggerakkan kapal pengangkut perang USS Nimitz kembali ke Timur Tengah pada Jumaat.

Iraq, Arab Saudi buka semula sempadan utama selepas tiga dekad ditutup
Iraq dan Arab Saudi pada Rabu membuka semula sempadan utama untuk perdagangan antara kedua negara selepas tiga dekad penutupannya.

Lima terbunuh, dua cedera parah dalam serangan peluru berpandu di Iraq
Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala dua lagi cedera parah selepas serangan peluru berpandu Katyusha dilancarkan berhampiran lapangan terbang Baghdad, Iraq pada Isnin.