Letupan alat kelui: Emmanuel Macron hubungi pemimpin Lubnan, Israel

Agensi
September 19, 2024 07:20 MYT
Presiden Perancis menghubungi pemimpin politik dan tentera utama Lubnan termasuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyeru bertindak dengan berhati-hati selepas insiden letupan serentak alat kelui di seluruh Lubnan. - Gambar Reuters
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menghubungi pemimpin politik dan tentera utama Lubnan termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyeru agar bertindak dengan berhati-hati selepas insiden letupan serentak alat kelui di seluruh Lubnan.
Macron turut meminta pimpinan Lubnan memanjangkan mesej tersebut kepada kumpulan tempatan termasuk pejuag Hezbollah untuk mengelakkan peningkatan ketegangan.
Dalam satu video, Macron menyampaikan mesej bahawa Lubnan tidak boleh terus hidup dalam ketakutan memikirkan peperangan dan semua pihak mesti menolak situasi seperti ini.
"Hari ini, saya berpeluang bercakap dengan pemimpin anda dan juga dengan pemain utama dalam krisis dari Israel hingga Iran. Saya memberitahu mereka bahawa Lubnan mesti dipelihara dan perang harus dielakkan. Ia juga bergantung kepada pemimpin politik anda untuk bertindak ke arah ini.
"Saya katakan kepada mereka bahawa ada jalan diplomatik, ia mencabar dan ia adalah jalan yang ingin diikuti oleh Perancis untuk Lubnan bersama semua rakan sekutu," katanya.
Dalam masa sama, Macron memaklumkan, dalam tempoh kekeliruan dan kesedihan ini, Perancis akan kekal berdiri di sisi penduduk Lubnan.
"Saya tahu bahawa dalam kekeliruan, dalam kesedihan, harapan adalah sesuatu yang jarang ditemui. Dalam kekeliruan ini, dalam kesedihan ini, Perancis berdiri di sisi anda semua," ikrar beliau.
#Emmanuel Macron #Benjamin Netanyahu #lubnan #letupan alat kelui
;