Lepas beri ucapan di PBB, Tun Mahathir dikerumun bak bintang popular!

Astro Awani
September 28, 2018 00:46 MYT
Imej dari rakaman video yang dimuat naik pegawai kanan Tun Mahathir di belakang pentas selepas menyampaikan ucapan. - Twitter @The_Endie
SEJURUS menghabiskan ucapan ikonik yang sarat dengan isu sejagat di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New York, Amerika Syarikat, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi tumpuan di belakang pentas, ibarat seorang bintang popular.
Dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik ke Twitter oleh salah seorang pegawai kanannya, Dr Mahathir dilihat dikerumuni delegasi dari pelbagai negara.
"Terima kasih atas sokongan anda," ucap seorang delegasi yang bersalam dengan Dr Mahathir, sambil disusuli sapaan delegasi lain yang mahu bersalam, bergambar dan bertanyakan sesuatu kepada beliau.

Tun M being greeted and congratulated by scores of delegates behind the hall right after he delivered his #UNGA speech. pic.twitter.com/Q6sWwc442v

— Endie (@The_Endie) September 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam ucapan Dr Mahathir, antara isu kritikal yang disentuh oleh beliau adalah tentang isu Palestin dan cengkaman kuasa Israel yang membawa pelbagai masalah sedunia.
"Dunia tidak peduli walaupun Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal yang membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa," tegas beliau.
BACA: Bebaskan Palestin: Ancaman Israel punca peperangan dunia - Tun M
Dr Mahathir juga membidas Myanmar atas apa yang berlaku terhadap nasib golongan Rohingya di Rakhine.
Dengan mempersoal penerima Anugerah Nobel Keamanan Laureate, Aung San Suu Kyi, Dr Mahathir berkata tidak bererti sebuah negara yang merdeka, bebas untuk melakukan apa sahaja.
BACA: Bela nasib Rohingya: Tun Mahathir bidas Aung San di PBB
Selain itu, Malaysia mengemukakan cadangan supaya kuasa veto PBB hanya dianggotai dua kuasa besar dunia, dan bukan lima.
Perdana Menteri berkata, kuasa veto itu juga perlu disokong oleh tiga lagi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
Malah, beliau mencadangkan sebarang resolusi perlu mendapatkan majoriti mudah anggota.
BACA: Hanya perlu 2 kuasa veto, disokong 3 Majlis Keselamatan PBB - Tun M
#PBB #TUN DR MAHATHIR #ucapan #UNGA
;