Lelaki warga AS terima jantung babi meninggal dunia

Agensi
Mac 9, 2022 00:43 MYT
David Bennet, yang menerima jantung babi diubah suai secara genetik kerana menghidap penyakit jantung, meninggal dunia pada Selasa. - Foto AP
LELAKI warga Amerika Syarikat yang menerima jantung babi diubah suai secara genetik kerana menghidap penyakit jantung, meninggal dunia pada Selasa.
Memetik laporan Reuters, David Bennet, 57, menjalani pemindahan jantung tersebut kira-kira dua bulan lalu, iaitu pada 7 Januari.
Dia meninggal dunia di Pusat Perubatan University of Maryland (UMMC).
Menurut pihak hosppital, kesihatannya mulai merosot sejak beberapa hari lalu dan tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa Bennet tidak akan pulih.
Teknologi Perubatan | Lelaki guna jantung babi meninggal dunia
Bagaimanapun, Bennett sempat berhubung dengan keluarganya pada detik-detik terakhir sebelum kematiannya.
Prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia.
Ia sekali gus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang tersebut yang memungkinan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu.
#lelaki warga AS #jantung babi #meninggal dunia #UMMC #David Bennet #penyakit jantung
;