Lelaki warga Perancis miliki senjata api, dadah ditahan di Bali

Astro Awani
Disember 23, 2020 07:02 MYT
Anggota polis mengiringi Rayan Jawad Hendri Bitar (tengah) yang dibawa pada satu sidang media ibu pejabat polis wilayah Denpasar, Bali, Indonesia, 23 Dis, 2020. (Foto AP)
SEORANG lelaki warga Perancis ditahan kerana memiliki senjata api dan dadah di pulau peranginan Bali, Indonesia.
Rayan Jawad Hendri Bitar ditahan pada Isnin selepas polis menemui beberapa jenis pistol dan peluru di rumah sewanya berhampiran kawasan pelancongan Kuta di Bali.
Ketua Polis Bali, Putu Jayan Danu Putra berkata pada Rabu, polis juga menemui dua bungkusan plastik kecil yang mengandungi 4.8 gram metafetamin di rumah berkenaan.
Tangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat orang awam yang mengesyaki seorang lelaki warga asing mengedar dadah di kawasan itu.
Suspek kemungkinan menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan kerana memiliki senjata api dan dadah.
Dalam masa yang sama, suspek juga dilaporkan pernah di tahan di Bali pada tahun 2014 kerana memiliki 3.14 gram dadah kokain dan dijatuhkan hukuman penjara empat bulan.
Indonesia mempunyai undang-undang senjata api dan dadah yang sangat ketat dan penyeludup sering dihukum mati.
#Indonesia #Bali #pelancongan #warga asing #Perancis #Dadah #undang-undang #senjata api #Rayan Jawad Hendri Bitar
;