Lelaki warga Malaysia mati ditembak di Hatyai

Bernama
Mei 16, 2016 22:33 MYT
Mayat Mohd Nizam (gambar) dijumpai terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee. -Foto Bernama
Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hatyai Kol Khittichai Sankha-thavorn, mangsa dikenali sebagai Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, berasal dari Pulau Pinang.
"Mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Polis katanya turut menemui dua kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian.
Khittichai berkata, polis sedang memeriksa motosikal yang ditunggang mangsa dan pemiliknya serta rakaman kamera litar tertutup di lokasi berhampiran bagi membantu siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hatyai untuk dibedah siasat, katanya.
#Kol Khittichai Sankha-thavorn #mati ditembak #Mohd Nizam Ahmad Basrah #pekan hatyai
;