Lelaki tertua di dunia meninggal pada usia 116

AFP
Jun 12, 2013 11:27 MYT
Warga Jepun Jiroemon Kimura, lelaki tertua di dunia meninggal pada usia 116 tahun, lapor sebuah media pada Rabu.
Jiroemon dilahirkan pada tahun 1897 dan meninggal awal pagi Rabu di hospital, lapor Berita Kyodo yang memetik kenyataan dari kerajaan tempatan.
Dia yang berasal dari Kyotango dalam Wilayah Kyoto diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai manusia paling tua di dunia pada Disember 2012 apabila seorang wanita dari Amerika Syarikat meninggal pada usia 115 tahun.
Pada 28 Disember 2012 dia berjaya memecahkan satu rekod lagi, apabila dia menjadi lelaki tertua yang masih hidup sehingga berumur 115 tahun dan 253 hari.
Walau bagaimanapun, rekod manusia paling lama hidup dipegang oleh seorang wanita dari Perancis Jeanne Calment yang meninggal pada tahun 1997 semasa berumur 122 tahun.
Jiroemon yang lahir pada tahun yang sama dengan perintis penerbangan Amerika Amelia Earhart, menyambut hari jadinya yang ke-116 tahun pada April, dia juga menerima rakaman video ucapan daripada Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.
Dia mempunyai tujuh orang anak, 14 orang cucu, 25 orang cicit, 14 orang anak kepada cucunya dan bekerja di pejabat pos selama 40 tahun. Selepas bersara dia bertani yang terus dilakukannya sehingga berusia 90 tahun.
Pastikan anda tidak terlepas berita terkini. Muat turun aplikasi percuma AstroAWANI di App Store dan Google Play.
#AS #guinnes worls record #Jepun #kimura #tertua
;