Lelaki terkaya di dunia Jeff Bezos sumbang US$10 bilion tangani masalah perubahan iklim
Bernama
Februari 18, 2020 13:41 MYT
Februari 18, 2020 13:41 MYT
Lelaki terkaya dunia, merangkap usahawan internet dan pelabur Amerika Syarikat, Jeff Bezos, yang turut terkenal sebagai pengasas syarikat teknologi multinasional, Amazon, melancarkan dana baharu untuk menangani masalah perubahan iklim, dengan menyumbang US$10 bilion.
"Hari ini, saya umumkan pelancaran dana "Bezos Earth". Perubahan iklim ancaman terbesar kepada planet kita. Inisiatif global itu akan membiayai saintis, aktivis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) - untuk memelihara dan melindungi alam semula jadi," kata Bezos menerusi Instagramnya lapor agensi berita Sputnik.
"Kita akan dapat selamatkan bumi. Tindakan kolektif dari syarikat besar mahupun kecil, negara, pertubuhan dunia dan individu. Saya sumbangkan US$10 bilion untuk memulakannya, mari kita lindungi alam sekitar bersama-sama," tambahnya.
-- BERNAMA
#Amazon
#Amerika Syarikat
#Bezos Earth
#dana
#Dana Bumi Bezos
#Instagram
#Jeff Bezos
#lelaki terkaya dunia
#perubahan iklim
#projek
#selamatkan bumi
#sumbangan
#usahawan