Lelaki sunting filem animasi 'Sleeping Beauty' untuk lamar kekasih hati
Astro Awani
Januari 11, 2020 07:40 MYT
Januari 11, 2020 07:40 MYT
Bagi seorang lelaki yang gentleman, pelbagai cara dan kreativiti dilakukan untuk melamar kekasih hati.
Namun, apa yang dilakukan pengarah dan penerbit filem ini pastinya diingati kekasihnya sampai bila-bila.
Tindakan Lee Loechler bukan biasa-biasa kerana dia mengambil masa lebih setengah tahun untuk memastikan rancangan melamar teman wanitanya, Dr Sthuthi David menjadi.
Dia tahu teman wanitanya sukakan filem "Sleeping Beauty", maka dari situ lelaki itu mula mendapat idea untuk membawa kisah percintaan mereka ke dalam jalan cerita Walt Disney itu.
Loechler bekerjasama dengan juruanimasi, Kayla Coombs selama enam bulan untuk menganimasikan dirinya menjadi watak utama iaitu Putera Raja, manakala teman wanitanya menjadi Puteri Raja.
Dia turut menyewa sebuah pawagam dan menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk 'berkomplot' dalam rancangan lamaran itu.
Maka, pada hari kejadian, kesemua 'pelakon' dalam pawagam berkenaan memainkan peranan dengan baik.
Ketika tayangan, Dr Sthuthi kelihatan hairan kerana pada pengakhiran filem itu, putera raja berkenaan mirip Loechler manakala watak puteri Sleeping Beauty itu pula mirip dirinya sendiri.
Loechler kemudian mengeluarkan cincin dan melamar Dr Sthuthi, disaksikan keluarga serta rakan mereka.
Tonton video lamaran itu di sini:
Ketika ditanya bila tarikh perkahwinan mereka nanti, pasangan itu menjawab belum ditetapkan lagi.
Tahniah, Lee dan Dr Sthuthi!