Lelaki Singapura didakwa dera kucing
Sinar Harian
Februari 4, 2023 12:20 MYT
Februari 4, 2023 12:20 MYT
SINGAPURA: Seorang lelaki berdepan tuduhan mendera lima ekor kucing termasuk memijak leher seekor kucing sehingga mati selain membuang dua daripadanya dari blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), lapor Berita Mediacorp.
Barrie Lin Pengli, 30, diarah hadir ke mahkamah pada Rabu lalu bagi mendengar pertuduhannya itu.
Pengli berdepan lima pertuduhan di bawah Akta Haiwan dan Burung bagi pelbagai jenis kekejaman haiwan yang dilakukannya terhadap haiwan tersebut di Ang Mo Kio antara April 2020 dan Disember 2021.
Pengli dibenarkan ikat jamin S$5,000 (RM16,200) dan diminta hadir ke mahkamah pada Mac depan.
Jika disabitkan kesalahan, Pengli berdepan hukuman penjara sehingga 18 bulan, denda sehingga S$15,000 (RM48,500) atau kedua-duanya sekali. -Sinar Harian/Agensi