Lelaki serang balai polis di Paris sambil laung 'Allahu Akbar', kata pihak berkuasa
AFP
Januari 7, 2016 20:46 MYT
Januari 7, 2016 20:46 MYT
Polis menembak mati seorang lelaki pada Khamis selepas dia cuba memasuki balai polis di utara Paris, kawasan yang padat dengan komuniti pendatang.
Kebetulan pula ia berlaku pada hari ulang tahun pertama insiden serangan terhadap majalah satira Charlie Hebdo.
Pihak berkuasa Perancis dalam kenyataan mendakwa, lelaki berkenaan melaungkan kata "Allahu Akbar" ketika cuba menyerang balai polis berkenaan.
Menurut laporan agensi berita AFP, yang memetik saksi kejadian berkata, dua atau tiga das bunyi tembakan telah kedengaran.