Lelaki rogol, kerat mayat mahasiswi depan teman wanita
Astro Awani
Disember 27, 2018 18:16 MYT
Disember 27, 2018 18:16 MYT
Seorang wanita dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi di bandar.
Dalam kejadian yang berlaku di Rusia, mangsa Viktoria Povesma, 20, mengunjungi flat suspek Alexander Altapov, 30, yang baru saja dikenalinya.
Ketika berada di kediaman suspek, mahasiswi jurusan seni bina itu tiba-tiba ditarik ke sebuah sofa lalu dirogol suspek sebanyak dua kali.
Ketika kejadian, insiden keji itu turut disaksikan teman wanita suspek bernama Ekaterina yang hanya melihat saja perilaku keji teman lelakinya itu.
Bimbang tindakan jijiknya diketahui umum, suspek bertindak mencekik mangsa hingga mati.
Alexander kemudian mengheret mayat mangsa ke bilik air sebelum bertindak mengerat-ngeratnya kepada beberapa bahagian dengan dibantu Ekaterina yang memasukkan cebisan mayat ke dalam beg plastik.
Mayat mangsa dibuang di beberapa lokasi di bandar.
Kepala Viktoria ditemukan di sebuah kebun botani di bandar Tomsk di Siberia, manakala bahagian tubuh lain dijumpai di tempat pembuangan sampah di beberapa lokasi di bandar.
Tertuduh yang disabitkan dalam pembunuhan pada Julai 2017 itu menunjukkan bagaimana dia membunuh mangsa menggunakan patung ketika dihadapkan ke mahkamah.
Alexander dijatuhi hukuman penjara hampir 25 tahun pada Rabu kerana merogol, membunuh dan memenggal kepala mangsa di hadapan teman wanitanya.
Teman wanitanya Ekaterina dilapor bakal berdepan pertuduhan melindungi jenayah tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur, menurut sumber yang dipetik daripada portal Daily Mail.
#Alexander Altapov
#Ekaterina
#jenayah
#mayat
#mayat dikerat
#penjara
#rogol
#Rusia
#Tomsk
#Viktoria Povesma
#wanita