Lelaki rampas bas, tembak dua penumpang

Astro Awani
Mac 13, 2024 08:00 MYT
Seorang anggota polis dilihat mengawal kawasan sekitar stesen bas di Rio de Janeiro. - Foto AP
RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki yang menembak dua orang awam dan mengambil 17 tebusan yang lain termasuk kanak-kanak dan warga emas di stesen bas utama Rio de Janeiro, Brazil telah menyerah diri.
Menurut polis, suspek telah ditahan dan kesemua tebusan selamat dan dibebaskan.
Sebelum ini polis dari unit elit Operasi Batalion Khas (BOPE) berunding dengan suspek selepas dia melepaskan dan mengambil tebusan di stesen bas Novo Rio.
Mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital.
Identiti suspek atau motif kejadian belum didedahkan polis.
Rakaman kejadian yang disiarkan saluran berita Globonews menunjukkan keadaan huru-hara di stesen berkenaan.
Terminal tersebut kemudian ditutup dan kesemua penumpang dan pekerja telah dibawa keluar.
Situasi serupa pernah berlaku pada tahun 2000 di kawasan perumahan Rio yang meragut nyawa dua orang.
Insiden berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada rakyat seluruh negara dan turut memberi inspirasi kepada filem 'Last Stop 174' yang ditayangkan pada tahun 2008.
Pada tahun 2019 pula, seorang lelaki bersenjatakan pistol mainan ditembak mati oleh polis di Rio selepas mengambil penumpang bas sebagai tebusan selama beberapa jam di Niteroi.
#tebusan #penumpang bas #serah diri #stesen bas
;