Lelaki rakyat Malaysia ditemui mati di bilik hotel di Hatyai

Bernama
Mei 12, 2016 13:14 MYT
Mangsa dikatakan pelanggan tetap dan kerap menginap di hotel berkenaan jika berkunjung ke Hatyai.
Seorang lelaki rakyat Malaysia ditemui mati di dalam bilik sebuah hotel di Hatyai, menurut jurucakap Polis Hatyai Mej Pol Somkiart Khamsuwang.
Menurutnya, pekerja hotel menemui Leong Ting Shung, 61, kira-kira 2 petang (waktu tempatan) semalam dalam keadaan bogel di dalam bilik air dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.
"Hasil pemeriksaan awal, polis tidak menemui sebarang kesan luka pada tubuh mangsa," katanya dan menambah, jasad mangsa akan dibedah siasat di hospital berhampiran.
Menurut pihak hotel, kata Somkiart, mangsa merupakan pelanggan tetap dan kerap menginap di hotel berkenaan jika berkunjung ke Hatyai untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit dihidapinya.
#Berita Terkini #Hatyai #lelaki ditemui mati #rakyat Malaysia mati di hatyai
;