Lelaki 'penjilat loceng' diburu, ambil masa lebih tiga jam melempias 'hajat'

Agensi
Januari 10, 2019 12:54 MYT
Suspek yang dikenali sebagai Roberto Arroyo kelihatan menjilat loceng pintu sambil merenung kepada kamera CCTV.
Polis California, Amerika Syarikat sedang memburu seorang lelaki yang menghabiskan masa lebih tiga jam asyik ‘menjilat’ loceng pintu, ketika penghuninya sedang asyik dibuai mimpi.
Pemilik kediaman terbabit, Sylvia Dungan memberitahu media yang dia tidak ada di rumah ketika kejadian, tetapi anak-anaknya sedang tidur.
Lapor Sky News, hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terdapat notifikasi berhubung ‘aktiviti’ mengejutkan di hadapan pintu masuk kediaman terbabit.
Suspek yang dikenali sebagai Roberto Arroyo itu kelihatan menjilat loceng pintu sambil merenung kepada kamera CCTV.
Klip rakaman CCTV terbabit telah tersebar dan mendapat perhatian ratusan ribu pengikut media sosial.

The third episode of 2019, and I can guarantee you this will make it to the top 40 at the end of the year. #livepd https://t.co/8ysxhquZ23

— Live PD Watch Party (@livepdnationn) January 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sejurus menyedari loceng pintu rumah mereka dijilat, keluarga itu telah membuat laporan polis yang kemudiannya mengenal pasti sus[pek sebagai Roberto Daniel Arroyo.

#LivePDDoorBellLicker another video. After videos, it clearly looks like he read the sign. pic.twitter.com/0oJYAW8hH6

— Sylvia Dungan (@jaycat13) January 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Polis berkata Roberto juga telah berkelakuan ‘kurang sopan’ di laman anggota keluarga itu, selepas menjilat loceng selama tiga jam.
Roberto berhadapan dua pendakwaan, mencuri dan berkeliaran di kawasan yang tidak sepatutnya.
#Amerika Syarikat #California #CCTV #lelaki #media sosial #penjilat loceng #suspek #Twitter
;